TMJ Pandang Serius Isu Kalimah Allah Dekat Stoking, Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas

19 Mar 2024 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dilihat mengambil serius dengan isu kalimah Allah di stoking yang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini dan dilihat baginda tidak berdiam diri dalam hal ini.

Jelas baginda menerusi Instagramnya, Pemangku Sultan Johor ini telah menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam. Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.”

Tegasnya lagi, isu sebegini tidak patut dipandang remeh dan berharap agar perkara ini tidak mengganggu atau menggugat keharmonian negara.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang meminta agar TMJ mengarahkan penutupan kilang dan menggantung lesen perniagaan agar dapat memberikan pengajaran kepada peniaga untuk lebih sensitif dalam menghasilkan sesuatu produk.

image is not available image is not available image is not available

Risau juga kalau orang tak ambil serius, sebab nanti anggap ia perkara remeh.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.