TMJ puji mutu kerja Hannah Yeoh -“Beliau seorang yang fokus kepada kerjanya”

30 Oct 2023 • 7:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memuji mutu kerja yang ditunjukan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang disifatkan cukup fokus dalam memartabatkan industri sukan serta pembangunan belia di Malaysia.

Lakukan kerja dengan baik

Menerusi temubual baginda dalam podcast Keluar Sekejap bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan, TMJ menyatakan yang Hannah melakukan kerja dengan baik dengan melakukan apa yang sepatutnya dibuat sebagai pemimpin.

“Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata Tunku Ismail.

Hannah Yeoh fokus pada kerjanya

Hal ini dinyatakan baginda ketika mengulas tentang pandangannya berkenaan dinamika politik dan keseimbangan barisan kepimpinan negara.

Difahamkan, pelbagai langkah telah dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut ini dalam memajukan sukan negara termasuk menyelesaikan beberapa masalah tertunggak sejak sekian lama berlaku.

image is not available

Kredit foto: Bernama

Dalam pada itu, beliau dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma bagi penganjuran hari sukan.

Sumber: YouTube Keluar Sekejap