“Beliau sangat menakjubkan” – TMJ Puji Kredibiliti Hannah Yeoh Sebagai Menteri

Entertainment
30 Oct 2023 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hannah Yeoh merupakan Menteri Belia dan Sukan sejak Disember 2022 dan beliau juga merupakan Ahli Parlimen Segambut.

Sebelum ini beliau memegang portfolio Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam podcast bersama bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memuji kredibiliti serta kerja Hannah Yeoh dalam mengelola kementerian tersebut.

Dalam podcast Keluar Sekejap itu, TMJ menyifatkan Hannah Yeoh seorang menteri yang fokus terhadap kerjanya bagi memartabatkan industri sukan dan pembangunan belia di Malaysia.

“Berkenaan dengan parti ini saya lebih suka menilai sebagai contoh Hannah Yeoh, bagi saya beliau sangat menakjubkan.

Beliau (Hannah Yeoh) seorang yang hanya fokus kepada kerjanya. Apabila ada kerja, beliau lakukan kerjanya,” kata TMJ.

Sebagai info, Hannah Yeoh dilihat berjaya menyelesaikan permasalahan yang sudah lama dialami oleh industri sukan sebelum ini.

Antaranya termasuklah, kerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi peluang kepada para pelajar sekolah untuk menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma.

Selain itu, penawaran penukaran rumput jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menjadi bualan dalam arena bola sepak negara berjaya diusahakan kurang setahun beliau memegang portfolio tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.