TMJ, Sultan Selangor Setuju Perseteruan Bola Sepak Kekal Dalam Padang 

LocalFootball
2 Oct 2024 • 11:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TMJ, Sultan Selangor Setuju Perseteruan Bola Sepak Kekal Dalam Padang

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sepakat bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di atas padang sahaja.

Selain itu, Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail menekankan pentingnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang.

Perkara tersebut dipersetujui oleh Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail dalam satu pertemuan yang diadakan pada Rabu, menurut kenyataan dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara,” tambah kenyataan tersebut.