TMJ syukur Johor catat jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia – “Lebih banyak akan menyusul..”

LocalBusiness & Finance
31 Dec 2025 • 11:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) meluahkan rasa syukur apabila Johor muncul sebagai negeri tertinggi pelaburannya di Malaysia berjumlah RM91.1 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025.

Menerusi hantaran yang dimuat naik baginda di IG-Story, dapat dilihat Johor berada di kedudukan teratas dan diikuti Selangor yang merekodkan jumlah pelaburan RM51.9 bilion.

Manakala Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pelaburan RM45.9 bilion, Pulau Pinang RM23.7 bilion dan Kedah RM17.5 bilion.

Johor catat jumlah pelaburan tertinggi

image is not available

image is not available

“Alhamdulilah, more to come..2026 we all going all out,” tulis baginda beserta tanda pagar game is rigged.

Artikel lain: Pegawai FAM perlu letak jawatan jika dokumen pemain warisan terbukti ‘palsu’ – TMJ

Terdahulu, menurut laporan Malaysia Gazette, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kejayaan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap Johor serta hasil usaha bersama-sama dalam mewujudkan tadbir urus cekap, perkhidmatan lebih responsif dan budaya kerja yang semakin profesional.

Sumber: Instagram @hrhcrownprinceofjohor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved