TNB Kongsi “Trick” Set Suhu Aircond Yang Sesuai

Home & LivingLifestyle
6 Sep 2025 • 11:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TNB Kongsi “Trick” Set Suhu Aircond Yang Sesuai

Bila tiba musim panas terik atau cuaca yang semakin sukar dijangka, pendingin hawa sememangnya menjadi penyelamat utama di kebanyakan rumah dan pejabat.

Tidak kira siang atau malam, hembusan udara sejuk dari aircond mampu memberikan kelegaan dan keselesaan, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar di mana bahang panasnya lebih terasa.

Bagi pengguna pendingin hawa ini, pernah tak anda terfikir sebenarnya berapa suhu yang ideal untuk bilik atau ruang itu terasa nyaman tanpa membazir tenaga elektrik?

Ramai pengguna cenderung menetapkan suhu terlalu rendah, sedangkan ia bukan sahaja meningkatkan penggunaan tenaga, malah boleh menjejaskan kesihatan seperti menyebabkan kulit kering atau mudah selsema.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin kongsikan hantaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenai suhu yang sesuai untuk digunakan oleh penyaman udara. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Rupanya Ini Suhu Sesuai Untuk Guna Pendingin Hawa

Menurut TNB, sebenarnya setiap rumah yang menggunakan penyaman udara tidak perlu untuk menetapkan suhu peranti elektrik itu sehingga mencapai suhu terendah.

Tindakan ini bukan sahaja memberikan suasana yang kurang selesa kerana terlalu ‘sejuk’ malah bil elektrik juga bakal melambung tinggi.

Sehubungan itu, TNB menyarankan suhu yang sesuai untuk digunakan bagi penyaman udara di rumah adalah antara 24 darjah Celsius hingga 26 darjah Celsius.

“Nak rumah sejuk tak semestinya perlu suhu paling rendah. Tetapkan penyaman udara antara 24°C hingga 26°C untuk keselesaan dan penjimatan tenaga,” kongsi TNB.

https://www.facebook.com/TNBCareline/posts/pfbid02JE2MZ8wdYUv5B7dUA94vCAYegRFUSsubcGcppHxLjQDu8DEaeA57hZq6AYgmKgCNl