TNB perkukuh kedudukan serantau melalui kerjasama sektor tenaga dan air di GCC

LocalBusiness & Finance
27 May 2025 • 3:48 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

TNB perkukuh kedudukan serantau melalui kerjasama sektor tenaga dan air di GCC

image is not available

27/05/2025 - 15:48

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Putera Mahkota Negara Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, Putera Mahkota Negara Kuwait (kiri) menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan TNB REMACO, Ts. Abidin Sarjo (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Dhow Engineering, Joe Georges Chidiac (dua dari kiri) bagi kerjasama strategik dalam sektor tenaga dan air di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Mei - Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46–GCC 2025, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn. Bhd. (TNB REMACO) mengumumkan satu kerjasama strategik penting bagi memperkukuh lagi kehadirannya di rantau Teluk.

Semasa sidang kemuncak tersebut, TNB REMACO telah memeterai satu Perkongsian Usaha Sama (Joint Venture) Strategik bersama Al-Dhow Engineering General Trading & Contracting Co. W.L.L. dari Kuwait, yang dimuktamadkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU ini merangkumi kerjasama dalam sektor penjanaan tenaga dan penyulingan air di rantau Majlis Kerjasama Teluk (GCC) selama dua tahun, melibatkan negara-negara Kuwait, Bahrain, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Majlis pertukaran dokumen telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 Mei 2025, dan disaksikan oleh Duli Yang Amat Mulia Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah, Putera Mahkota Negara Kuwait, serta Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

image is not available

TNB REMACO diwakili oleh Pengarah Urusannya, Ts. Abidin Sarjo, manakala Al-Dhow Engineering diwakili oleh Joe Georges Chidiac, Ketua Pegawai Eksekutifnya di majlis tersebut.

Perkongsian strategik ini mencerminkan peningkatan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Kuwait, sekaligus menyerlahkan peranan Malaysia yang semakin meningkat di Timur Tengah, khususnya dalam sektor penting seperti tenaga dan infrastruktur tenaga.

Sebagai peneraju dalam peralihan tenaga negara, TNB terus menawarkan penyelesaian tenaga yang berkualiti, diyakini dan mampan untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat.

Menerusi anak syarikat penjanaan kuasanya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco), TNB menyediakan penyelesaian jangka panjang yang menyeluruh dan disesuaikan mengikut keperluan sesebuah negara.

TNB memiliki keupayaan komprehensif yang merangkumi seluruh kitaran hayat projek, daripada pembangunan loji jana kuasa hingga ke operasi dan penyelenggaraan bagi membolehkan pelaksanaan infrastruktur tenaga yang mampan dan sedia menghadapi keperluan masa depan di peringkat global. - DagangNews.com

featured standard