TNB raih pengiktirafan anugerah jenama terbaik 2026-2027

Business & Finance
5 Nov 2026 • 10:54 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TNB raih pengiktirafan anugerah jenama terbaik 2026-2027

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju industri tenaga apabila diiktiraf sebagai Brand of the Year bagi kategori Energy-Power (National Tier) pada World Branding Awards 2026-2027.

TNB berkata, pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap peranan TNB sebagai penyedia utama bekalan elektrik negara selama 77 tahun, selain sumbangannya dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

“Sepanjang tempoh itu, TNB memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan tenaga elektrik yang berterusan bagi memenuhi keperluan pengguna domestik serta sektor perniagaan dan perindustrian.

“Pencapaian berkenaan turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, sekali gus mencerminkan kekuatan jenama tempatan dalam industri tenaga,” katanya dalam kenyataan.

Pengiktirafan itu juga menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu.-UTUSAN

The post TNB raih pengiktirafan anugerah jenama terbaik 2026-2027 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved