TNB Thunderstars juara Liga Hoki Malaysia 2026

15 Nov 2026 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: TNB Thunderstars juara Liga Hoki Malaysia 2026
TNB Thunderstars muncul juara MHL2026.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) Thunderstars secara rasminya dinobatkan sebagai juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026 biarpun tewas 1-2 kepada Terengganu Hockey Team (THT) pada aksi terakhir liga di Stadium Hoki TNB, Putrajaya pada Sabtu.

Kemenangan THT itu turut mengesahkan mereka selaku naib juara liga selepas mengumpul 27 mata, sekali gus mengetepikan pencabar terdekat, Maybank.

Pada pertembungan itu, TNB Thunderstars yang mengesahkan kejuaraan lebih awal pada aksi terdahulu, membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, namun THT menyamakan kedudukan seminit kemudian hasil jaringan Muhammad Firhan Ashari.

THT memastikan kemenangan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Shazril Irwan Nazli pada minit ke-49.

Kekalahan itu merupakan yang pertama buat TNB Thunderstars selepas merekodkan 10 kemenangan dan satu keputusan seri sebelum ini.

Majlis penyampaian trofi juara MHL 2026 kepada TNB Thunderstars berlangsung selepas perlawanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved