Luno Malaysia Mengacah Penambahan Sejumlah Kriptowang Baharu

LocalTechnology
26 Mar 2026 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Luno sedia dikenali ramai sebagai bursa aset digital dan kriptowang terkemuka di Malaysia. Pada hari ini, Luno sedia menawarkan sejumlah kriptowang melalui platform mereka, yang dikawal-selia oleh pihak berkuasa Malaysia. Tidak setakat itu, terbaru, Luno turut mengacah penambahan sejumlah kriptowang baharu tidak lama lagi.

Melalui laman sosial mereka, Luno mengacah pengenalan sejumlah kriptowang baharu. Gambar acah dilihat menyenaraikan kriptowang seperti Toncoin, Sei, Loopring, dan sejumlah yang lain.

image is not available

Luno mengacah ia akan diperkenalkan tidak lama lagi, sekaligus dijangka membolehkan pengguna tempatan  untuk membeli dan menjual kriptowang berkenaan melalui Luno. Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kriptowang baharu oleh Luno Malaysia ini tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved