TNG Digital, syariakt disebalik Touch n Go eWallet, kini dilaporkan sedang pertimbang untuk melakukan penyenaraian awam di Bursa, dalam tempoh sekitar dua ke tiga tahun lagi. Penyenaraian awam ini dijangka akan memberikan dana tambahan dalam terus memperluaskan perkhidmatan kewangan mereka di Malaysia dan rantau ini.

Touch n Go eWallet kini mempunyai lebih daripada 20 juta pengguna, dan boleh dikatakan antara dompet digital terbesar di Malaysia. Selain kemudahan pembayaran, dompet digital berkenaan turut mengintegrasikan pelbagai khidmat kewangan, termasuk untuk pelaburan, membeli emas, mahupun membeli saham.
Pada hari ini, TNG Digital mempunyai beberapa syarikat yang melabur padanya, termasuk Lazada, CIMB, Ant Financial dan juga AIA.



