TNG eWallet ada caj tahunan? Apa Dah Jadi? #7

TechnologyDigital
18 Nov 2022 • 10:17 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam episod Apa Dah Jadi minggu ini, tiga berita yang dikupaskan adalah mengenai pengguna TNG eWallet mengadu mereka ada terima mesej dikenakan yuran RM2.50 setahun. Kemudian, Google Pay ada di Malaysia, tapi ada satu kelemahan besar dikesan dan ketiga, semakin banyak berita palsu yang mengelirukan dilihat selepas Elon Musk ambil alih Twitter.

1. Jangan gelabah bila anda terima mesej akaun dorman daripada TNG eWallet, ia adalah ralat

Baru-baru ini ramai mengadu menerima mesej bahawa akaun mereka berada dalam status dorman dan akan dikenakan fi sebanyak RM2.50/annum. Rupa-rupanya, ia adalah ralat daripada pihak penyedia perkhidmatan dan mereka telahpun menghantar emel susulan yang mengandungi permohonan maaf. 

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Google Pay kini di Malaysia, sertai Apple Pay dan Samsung Pay dalam arena pembayaran tanpa sentuh guna telefon

Google Pay kini secara rasminya ada di Malaysia. Menggunakannya, anda boleh lakukan pembayaran secara fizikal dengan telefon ber-NFC di terminal-terminal yang menyokong pembayaran tanpa sentuh. Tapi ada cara bayar tanpa membuka kunci skrin?

Maklumat lanjut di bawah:

image is not available

3. Wabak berita palsu di Twitter makin parah selepas Elon Musk ambil alih

Sebelum ini, tanda biru di Twitter adalah percuma. Selepas platform itu diambil alih oleh Elon Musk, ciri tanda biru diletakkan disebalik langganan Twitter Blue. Didapati yang terlalu banyak akaun parodi muncul dengan tanda Blue Tick. Pastinya ini akan mengelirukan pengguna.

Berita lanjut di sini.

image is not available