TNG eWallet bakal kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit yang melebihi had

2 Mar 2023 • 12:32 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengendali Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet) dilaporkan telah mengemas kini terma dan syarat perkhidmatan mereka. Ia berkaitan tambah nilai dompet digital itu menggunakan kad kredit. Bermula 22 Mac 2023, akan ada had sebanyak RM1,000 dikenakan ke atas perpindahan wang keluar daripada TNG eWallet yang sumbernya daripada kad kredit.

image is not available

Sekiranya lebih daripada itu, caj perkhidmatan 1% akan dikenakan. Ia tentu sekali ditetapkan bagi membendung orang ramai menggunakan TNG eWallet sebagai perantara dalam proses mereka beroleh wang tunai daripada kad kredit.

Berdasarkan terma dan syarat, polisi baharu ini akan dikuatkuasakan ke atas semua pengguna tidak mengira berstatus Pro ataupun Premium.

image is not available

Selepas ini, tambah nilai daripada kad kredit yang sudahpun melebihi had bulanan RM1,000 akan diminta untuk memilih sama ada dikategorikan sebagai dana boleh pindah ataupun dana tak boleh pindah. Sekiranya anda memilih untuk dimasukkan dalam dana boleh pintah, caj 1% akan dikenakan per transaksi.

Buat pengguna yang mengaktifkan fungsi auto tambah nilai, dana yang masuk kek TNG eWallet akan diklasifikasikan sebagai dana tak boleh pindah secara automatik.