TNG eWallet Kini Menyediakan Kemudahan Pengecasan EV Di Lokasi Terpilih

TechnologyCars
30 Oct 2025 • 4:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch ‘n Go (TNG) eWallet menawarkan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV Charging) yang membolehkan pengguna mengecas kenderaan dengan mudah di lokasi terpilih.

image is not available

Kemudahan ini disokong oleh Voltality yang juga anak syarikat milik penuh Beep dan menghubungkan pengguna kepada pelbagai rangkaian pengecasan EV di Malaysia serta Singapura tanpa perlu memuat turun aplikasi pengendali lain.

image is not available

Pembayaran juga menjadi lebih mudah melalui TNG eWallet dengan pemotongan automatik tanpa perlu memasukkan maklumat kad, membuat tambah nilai berasingan atau memiliki akaun berbeza. Selain itu, sebarang baki yang tidak digunakan akan dipulangkan secara automatik ke akaun TNG eWallet pengguna dalam masa singkat.

image is not available

Cara menggunakan pengecasan EV melalui TNG eWallet:

  • Letakkan kenderaan di ruang pengecasan dan pastikan telefon pintar mempunyai sambungan internet yang stabil.
  • Buka aplikasi TNG eWallet dan cari ikon ‘EV Charging’ dan ketik padanya.
  • Cari lokasi pengecasan sama ada melalui paparan peta atau senarai lokasi.
  • Pilih pengecas yang tersedia atau imbas kod QR yang terdapat pada pengecas.
  • Sambungkan pengecas dengan kemas dan pastikan tiada halangan pada soket atau pengecas.
  • Ketik ‘Next’ apabila bersedia dan pengecasan akan bermula secara automatik.
  • Untuk menghentikan pengecasan, leret ‘Slide to Stop Charging’ dan cabut pengecas daripada kenderaan.
  • Pengguna akan menerima pengesahan selepas pengecasan tamat. Kos pengecasan akan ditolak secara automatik daripada eWallet, dan resit akan dipaparkan dalam bahagian EV Charging.