KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar

LocalTechnology
23 Oct 2025 • 4:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd, kedua-duanya merupakan anak syarikat di bawah Solarvest Holdings Berhad.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran KINETA dalam infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik dengan kebolehan Solarvest dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan integrasi tenaga solar.

Sementara itu, Vestech pula akan memberikan latihan dan sokongan teknikal kepada pasukan KINETA. Ini penting untuk membantu pelanggan mengintegrasikan sistem solar rumah dengan lancar.

image is not available

Bersama-sama, kesemua pihak menyasarkan untuk memperluaskan fasiliti pengecasan EV yang dikuasakan oleh tenaga bersih serta mempromosikan penggunaan tenaga solar yang lebih meluas dalam kalangan isi rumah dan perniagaan di Malaysia.

image is not available

Inisiatif ini selari dengan matlamat yang ditetapkan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), iaitu untuk mempercepatkan proses penyahkarbonan dan mengukuhkan ekosistem EV di Malaysia.

Melalui pendekatan bersepadu ini, pengguna akan dapat menikmati akses pengecasan EV yang boleh dipercayai di samping pengalaman menggunakan sistem solar yang lebih mudah dan lancar.

Pengarah Urusan KINETA, Sunny Lee berkata, “Kerjasama ini lebih daripada sekadar perjanjian, ia adalah sebuah komitmen untuk membangun ekosistem mampan yang menggabungkan tenaga bersih dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia. Bersama Solarvest, kami memacu fasa seterusnya bagi penerimaan tenaga bersih.”