Touch n Go eWallet dilihat menghadapi gangguan teknikal, melibatkan tambah nilai duit ke dalam dompet digital pengguna.
Melalui interaksi di media sosial, ramai pengguna melakukan aduan, dan pihak Touch n Go eWallet sendiri mengesahkan masalah ini.
Ia dikatakan penyedia tambah nilai sedang membaiki masalah berkaitan secepat mungkin. Untuk para pengguna, pihak TNG meminta untuk menggunakan kaedah DuitNow Transfer untuk tambah-nilai dompet digital dengan lebih pantas.
Bagi anda yang menggunakan TNG eWallet, mungkin boleh menggunakan kaedah DuitNow Transfer ini, atau melihat kepada beberapa alternatif lain buat sementara waktu ini.
Kami mohon maaf atas gangguan tambah nilai online ini. Penyedia tambah nilai sedang baiki isu ini secepat mungkin. Sila gunakan DuitNow Transfer untuk tambah nilai eWallet anda.
-maddy


