Pengguna Touch n Go eWallet? Pautkan Akaun Ke Peranti Sebelum 3 April Untuk Elak Sebarang Gangguan

TechnologyDigital
31 Mar 2023 • 11:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Touch n Go eWallet kini mengingatkan pengguna untuk pautkan peranti ke akaun TNG eWallet, sekaligus mengaktifkan ciri TapSecure, sebelum 3 April 2023.

Selepas 3 April 2023 kelak, TapSecure akan menjadi mandatori dalam melakukan pengesahan sebarang transaksi melibatkan TNG eWallet.

image is not available

TapSecure adalah ciri mengesahkan transaksi yang terbaru pada TNG eWallet, dengan hanya satu tap sahaja. Untuk menggunakan TapSecure ini, pengguna perlu pautkan hanya satu peranti ke TNG eWallet terlebih dahulu, dan menggunakan peranti tersebut dalam melakukan pengesahan transaksi.

Ini juga menggantikan penggunaan kod yang dihantar melalui SMS untuk tujuan pengesahan yang digunakan sebelum ini.

Jadi, sekiranya anda menggunakan TNG eWallet, jangan lupa aktifkan TapSecure ini secepat mungkin untuk mengelak sebarang gangguan ketika melakukan transaksi bermula 3 April 2023 kelak.