“To My Darling Anjou..” – Pujuk, Bagi Kata Semangat Kes Putus Tunang, Netizen Minta Azhar Sulaiman Jadi ‘Mr Right’ Zarina Anjoulie

9 Feb 2023 • 11:30 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh seketika media hiburan tempatan apabila pelakon jelita, Zarina Anjoulie memberi perkhabaran bahawa dia sudah pun putus tunang bersama kekasih, Datuk Seri Khazrul Elzey baru-baru ini.

Bukan sahaja peminat tampil memberikan kata-kata semangat, rakan-rakan artis seperti Zoey juga menitipkan doa yang sama.

Malah, pelakon senior, Azhar Sulaiman juga tidak ketinggalan meninggalkan nasihat dan berharap Zarina Anjoulie kekal bersabar kerana ‘Mr Right’ pasti akan muncul suatu hari nanti.

image is not available

Sumber : Instagram  

To my darling Anjou, Abang Har percaya bahawa perkara berlaku ada sebabnya. Abang Har percaya suatu hari nanti Mr Right pasti akan muncul.

Menjengah ke ruangan komen hantaran yang kemudiannya dipadam tidak lama kemudian, ada netizen berseloroh mencadangkan agar Azhar Sulaiman sahaja yang menjadi ‘Mr Right’ kepada Zarina Anjoulie.

Terdahulu, pasangan Zarina dan Khazrul mengumumkan sudah bertemu keluarga masing-masing dan sudah pun bertunang dan akan menikah tidak lama lagi.

Beberapa hari kemudian, pelakon wanita itu memuat naik beberapa hantaran berbaur sedih seolah-olah memberi bayangan sudah putus tunang.

image is not available 1 hari lalu

"Tunjuk Aurat Pada Orang Tak Salah Kat Dunia Tapi Salah Di Pandangan Allah, Remuk Hati" - Bekas Tunang Zarina Anjoulie