Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 10:58 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

REMBAU - Ketibaan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan, di pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau pagi ini disambut meriah dengan persembahan tarian naga, paluan gendang serta sorakan penyokong.

Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Presiden UMNO itu tiba kira-kira jam 8.55 pagi dengan diiringi Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mengiringi rombongan BN ialah calon DUN Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris, dan calon DUN Kota, Suhaimi Aini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Paroi, Kamarul Ridzuan Mohd Zin, tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.40 pagi.

Terdahulu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi empat kerusi DUN di bawah Parlimen Rembau hadir seawal pukul 8.15 pagi.

Mereka diiringi Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang, bersama sekumpulan penyokong.

Proses penamaan calon berlangsung dalam suasana terkawal dengan kehadiran penyokong parti yang berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing. - Getaran, 18 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved