‘Tok Min mampu ceriakan Linggi’

LocalTravel
28 Jul 2026 • 7:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tok Min mampu ceriakan Linggi’

PORT DICKSON – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi yakin Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mampu memberi keceriaan kepada Linggi melalui pembangunan sektor pelancongan dan perindustrian mampan.

Seorang peniaga makanan, Bushra Ahmad, 37, berkata, ­Linggi sebenarnya mempunyai pelbagai tarikan pelancongan antaranya menjadi tumpuan kaki pancing, namun apabila infrastruktur tidak dibangunkan menyebabkan Linggi ‘suram’.

“Pembangunan itu ada tetapi sedikit, Linggi perlu dibangunkan sebagai destinasi tarikan ­pelancongan dengan mewujudkan dataran yang lebih cantik bagi menarik kedatangan pengunjung dari luar.

“Saya yakin sekiranya Tok Min (Aminuddin) menang di Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, beliau boleh menjadikan Linggi sebagai sebuah pekan yang ceria dengan ekonomi yang lebih baik,” katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan ­Durian di sini.

Menurut Bushra, Linggi mempunyai keunikan tersendiri menerusi tarikan seperti udang galah, makanan salai serta habitat buaya tetapi aspek pelancongan itu belum diketengahkan sepenuhnya.

The post ‘Tok Min mampu ceriakan Linggi’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved