Tok Siak Kehilangan Telefon Ketika Solat, Jemaah Surau Hadiahkan Telefon Baru

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 12:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
tok siak

Tok siak dikenali sebagai Wak Ismail kehilangan telefon bimbitnya ketika menunaikan solat isyak di Surau Al-Kautsar. Telefon itu, yang sering digunakannya untuk menghubungi keluarga di Indonesia dan disyaki telah dicuri selepas biliknya dipecah masuk.

Namun, situasi ini berubah apabila ahli jemaah surau mengambil inisiatif memberikan kejutan kepada Wak Ismail dengan menghadiahkan telefon bimbit baru.

image is not available

Dalam video yang dikongsikan pengguna TikTok, Zayed, Wak Ismail kelihatan terharu dan menitiskan air mata apabila menerima hadiah istimewa itu.

Membuat orang lain bahagia sebenarnya mudah. Terima kasih kepada orang-orang baik.- Komen salah seorang netizen.

image is not available

Wak Ismail, yang telah lama menjaga surau tersebut, tidak menyangka akan menerima hadiah bermakna daripada jemaah. Kisah ini menyentuh hati ramai dan menjadi bukti betapa pentingnya saling membantu dalam komuniti.

@yedowski_

Our Siak, Wak Ismail. @SurauAlkauthar

♬ original sound – zayed. – zayed.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengajar kita tentang pentingnya kepedulian dan kebaikan hati dalam kehidupan bermasyarakat. Tidak perlu perkara besar untuk membahagiakan orang lain. Kadang-kala, keprihatinan kecil sudah cukup meninggalkan kesan mendalam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok