Tokoh berpengalaman penting pastikan legasi polo Pahang tidak terputus

2 Oct 2026 • 9:55 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tokoh berpengalaman penting pastikan legasi polo Pahang tidak terputus

PETALING JAYA: Penglibatan individu berpengalaman dalam sukan polo dilihat penting bagi memastikan ilmu, tradisi dan semangat kesukanan itu tidak terputus, sebaliknya terus diwarisi generasi baharu di Pahang.

Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo berkata, pengalaman yang dikumpul tokoh polo sepanjang puluhan tahun bukan sahaja bernilai dari aspek pertandingan, malah menjadi sumber pengetahuan kepada pemain muda yang ingin membina masa depan dalam sukan berkenaan.

Katanya, kesinambungan polo tidak boleh bergantung kepada pertandingan semata-mata, sebaliknya memerlukan golongan berpengalaman untuk membimbing generasi baharu dalam aspek disiplin, teknik, pengurusan permainan dan nilai kesukanan.

“Peranan individu yang mempunyai pengalaman luas amat penting bagi memastikan pengetahuan, tradisi dan semangat kesukanan itu dapat diteruskan kepada generasi baharu.

“Pengalaman yang dimiliki mereka perlu diwariskan supaya generasi muda bukan sahaja mengenali polo sebagai satu sukan, tetapi memahami nilai disiplin, ketahanan, keberanian dan kerjasama yang menjadi sebahagian daripada sukan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan tahniah kepadaTengku Datuk Suleiman Tengku Datuk Abd Rahman dan Tengku Datuk Akashah Tengku Hussain atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Image from: Tokoh berpengalaman penting pastikan legasi polo Pahang tidak terputus

Menurut Daniel, penglibatan Tengku Datuk Suleiman dalam Polo Club Pahang selama lebih tiga dekad merupakan contoh bagaimana pengalaman panjang dalam sesuatu sukan mampu membentuk satu legasi yang boleh diteruskan generasi berikutnya.

Malah, katanya, kesinambungan itu turut dapat dilihat menerusi penglibatan dua anak Tengku Datuk Suleiman dalam polo, termasuk Tengku Ahmad Shazril Ezzani yang merupakan pemain polo negara dan pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA.

Tengku Ahmad Shazril Ezzani turut membantu pasukan Malaysia meraih pingat emas acara polo empat hingga enam gol pada Sukan SEA 2025.

“Ini menunjukkan bahawa pengalaman dan tradisi yang dibina sejak sekian lama boleh menjadi asas kepada kelahiran pemain baharu yang mampu membawa nama Pahang dan Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

“Justeru, kita perlu memastikan golongan muda mempunyai ruang untuk belajar secara langsung daripada mereka yang telah lama berada dalam sukan ini,” katanya.

Daniel berkata, usaha memperkukuh pembangunan polo dalam kalangan generasi muda juga penting bagi memastikan Pahang terus mempunyai kelompok pemain yang mampu meneruskan kesinambungan sukan berkenaan pada masa depan.-UTUSAN

The post Tokoh berpengalaman penting pastikan legasi polo Pahang tidak terputus appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved