Tokoh Kewangan Islam, Rakan Kongsi Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah RM10.55 Juta

LocalBusiness & Finance
11 May 2026 • 1:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan rakan kongsinya, Datuk Norliza Tajuddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas tujuh pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM10.55 juta, memetik Utusan Malaysia.

Mohd Daud, 62, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Norliza, 54, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Advertisement

k

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa sebagai ejen, iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat Energy Eco Sdn Bhd, yang telah diamanahkan dengan harta namun didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta berkenaan dengan niat bersama.

Kes itu membabitkan wang RM400,000 dan RM200,000 milik Moideen Kunjayu; RM500,000, RM900,000 dan RM550,000 milik Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad; RM2 juta milik Datuk Dr Mashitah Ibrahim; serta RM6 juta milik Myad Kapital Sdn Bhd.

Mereka didakwa secara tidak jujur menggunakan harta tersebut dengan melanggar kontrak nyata berkaitan penyempurnaan amanah, iaitu Shareholder’s Advance Agreement bertarikh antara 22 Jun 2021 hingga 12 Mei 2024.

Perjanjian itu membabitkan Energy Eco bersama empat pihak berkenaan berhubung perniagaan pembuatan sarung tangan patuh syariah.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di dua bank di Taman Setiawangsa dan Bangsar, Kuala Lumpur antara 22 Jun 2021 hingga 15 Mei 2024.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jj2026-05-11 12:57:34

Penampakan 'Patung' Terapung Dibawa Arus Di Sungai Klang Jadi Tumpuan

The post Tokoh Kewangan Islam, Rakan Kongsi Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah RM10.55 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article