Tokyo Auto Salon KL 2025 Kembali 8-10 Ogos Nanti, Ini Yang Menarik...

LocalCars
8 Jul 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) bakal kembali memeriahkan dunia peminat automotif untuk edisi ketiga tahun ini, dijadualkan berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Pelbagai tarikan terbaru dan nama besar dalam dunia modifikasi kereta bakal dibawakan pada acara kali ini.

Wajah Ikonik Automotif Jepun

image is not availableimage is not available

Antara figura tersohor yang bakal memeriahkan TASKL tahun ini termasuk Smokey Nagata dari Top Secret, Wataru Kato (pengasas Liberty Walk), Isami Amemiya (pengasas RE Amemiya), Takahiro Kataoka (KUHL Racing) dan Hisaaki Murakami (presiden J’S Racing). Hiroshi Tamura, individu yang digelar “bapa Nissan GT-R moden”, juga kembali selepas kunjungan pertamanya pada tahun lalu.

Pameran Kereta Eksklusif

image is not availableimage is not available

VR32 Stealth Nissan GT-R

image is not availableimage is not available

Liberty Walk LB-Works Ferrari F40

Top Secret akan mempamerkan VR32 Stealth Nissan GT-R, gabungan unik badan R32 Skyline GT-R dengan enjin VR38DETT 3.8 liter turbo kembar dari R35 GT-R yang telah diberikan talaan khas hingga mampu menghamburkan kuasa mencecah 1,072 hp. Liberty Walk pula akan mempertontonkan dua model sensasi, LB-Works Ferrari F40 yang penuh kontroversi serta Super Silhouette ER34.

image is not availableimage is not available

CREWCH Delusion GT-R R356C

image is not availableimage is not available

MATSUKIYO KIZAMI 3ROTAR NA-7

Tidak ketinggalan, CREWCH Delusion GT-R R356C yang memberikan bayangan kepada GT-R generasi baharu dengan reka bentuk badan futuristik, serta MATSUKIYO KIZAMI 3ROTAR NA-7 oleh RE Amemiya yang dibangunkan berasaskan Mazda RX-7 FD dengan enjin rotary 2.0 liter tiga rotor berkuasa 435 hp.

image is not availableimage is not available

ALESS Century Complete WL

Turut membuat kemunculan ialah 'Rolls Royce Jepun, Toyota Century yang telah diberikan pelbagai ciri tambahan oleh ALESS, dengan nama ALESS Century Complete WL. Model ini hadir dengan sistem suspensi udara, kit aerodinamik dan enjin V12 5.0 liter yang telah ditala dengan kuasa mencecah 581 hp.

Aktiviti & Zon Baharu

image is not availableimage is not available

TASKL25 memperkenalkan pelbagai aktiviti baharu seperti Malaysia’s Finest Tuners (MFT) yang mengiktiraf tuner tempatan terbaik, perhimpunan kelab kereta, serta ruang khas koleksi kereta unik dari seluruh Malaysia. Bagi peminat diecast, Toyota Supra MK4 chase dan super chase edisi khas turut akan dilancarkan dalam jumlah terhad sepanjang acara berlangsung.

image is not availableimage is not available

Dua zon baharu, Sakura Street dan Midnight Tokyo, bakal menampilkan persembahan pentas, pertunjukan Japan A Girls, perlumbaan simulasi ketahanan selama dua jam oleh RaceRoom, pertandingan Car-Meets-Cosplay, sesi bertemu dengan lagenda drift tempatan Zen Low, serta demonstrasi seni oleh Zameer Pentbrush yang disokong Castrol.

Turut akan diadakan, cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motosikal tajaan EXN Lubricants.

Acara Pra-TASKL & Maklumat Tiket

image is not available

Menjelang TASKL25, dua acara ‘pemanas’ turut diadakan iaitu Malaysia GT-R Festival di Gamuda Cove pada 2 Ogos dan FL5 Type R Official Track Day & Mega Gathering di Litar Sepang pada hari yang sama.

image is not available

Tiket boleh didapati di laman rasmi TASKL dengan harga bermula RM48 untuk dewasa (sehari), RM30 untuk kanak-kanak 6-12 tahun, RM120 untuk Family Combo (dua dewasa dan dua kanak-kanak) dan RM120 untuk pas tiga hari dewasa. Pemegang kad OKU serta penjaga layak mendapat diskaun 50%, manakala kanak-kanak lima tahun ke bawah masuk percuma.