
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 menutup tirai dengan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung sepanjang tiga hari pameran dari 8 hingga 10 Ogos di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies, Jason Yap, kejayaan pameran ini bukan sahaja diukur melalui jumlah pengunjung, tetapi juga pengalaman yang dibawa pulang oleh mereka. “Daripada senyuman, gelak tawa, keterujaan dan tenaga luar biasa yang dipamerkan, ia jelas menunjukkan segala usaha kami berbaloi. Terima kasih kepada semua yang hadir — sokongan anda menjadi pembakar semangat untuk kami menjadikan pameran ini lebih besar dan menarik setiap tahun,” katanya.
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur diadakan dengan kerjasama San Ei Corporation (pemilik hak harta intelek Tokyo Auto Salon) dan Tokyo Auto Salon Association. Tahun ini merupakan kali ketiga ia dianjurkan di luar Jepun, dengan kehadiran ramai tuner legenda dari Jepun bersama kereta binaan terkenal serta pelbagai barangan eksklusif untuk peminat di Malaysia.
Penyertaan & Pameran
Antara jenama dan syarikat yang mengambil bahagian tahun ini termasuk Nissan, Goodyear Tyres, Castrol, EXN Lubricants, Liqui Moly, Utama Motors, Raxer Wheels, Dodson Motorsport, Rimbunan Kuasa, Exedy Malaysia, United Automotive, GoPro, selain pemain tempatan seperti Vision Auto (HKS, Tom’s, AlphaRex, Monster Sport), RS Auto Accessories, Pandem, Street Garage, F Tuned Suspension, House of Type R, Qartel dan lain-lain.
Walaupun lebih kecil berbanding Tokyo Auto Salon di Jepun, objektif di Malaysia adalah membina identiti sendiri sambil mengekalkan ‘vibe’ asal. Tahun ini, beberapa elemen baharu diperkenalkan:
- Mini TAS – kawasan khusus untuk model diecast (kerjasama The Model Car Show Malaysia), dengan pelancaran edisi terhad seperti Matte Frost Yellow Toyota Supra MK4, J’S Racing-Hyper Race S2000, dan koleksi Tomica 1/64.
- Malaysia’s Finest Tuners – platform mempamerkan bakat, produk dan inovasi tuner tempatan.
- Car Auction – pentas jual beli koleksi kereta modifikasi terpilih.
Barisan Lagenda Jepun
Antara nama besar yang hadir termasuk:
- Hiroshi Tamura – Ayahanda GT-R Moden & Nissan Z
- Wataru Kato & Hyuma Kato – Liberty Walk
- Smokey Nagata – Top Secret Japan
- Hisaaki Murakami – J’S Racing
- Ken Amemiya – RE Amemiya
- Max Orido & Maaya Orido – pelumba & Alpharex Ambassador
- Takahiro Ueno – Vertex
- Takahiro Kataoka – KUHL Racing
- Takamasa Ueyama – ALESS
- Trust/Greddy, Veilside, TOMEI, RWB
Kehadiran mereka disertai dengan beberapa binaan ikonik dari Jepun, menyebabkan barisan pengunjung terbentuk seawal jam 7 pagi.
Kereta Ikonik Dipamerkan
Antara yang menjadi tumpuan:
- TOP SECRET JAPAN VR32 Stealth Nissan GT-R – 1,072hp, satu-satunya di dunia
- Ferrari F40 Liberty Walk – pertama kali dipamer di luar Jepun
- Toyota Supra & R34 GT-R – Top Secret Thailand
- Liberty Walk Super Silhouette ER34
- Delusion GT-R R356C – CREWCH
- RE Amemiya MATSUKIYO KIZAMI 3ROTAR NA-7 & RX-7
- Veilside RX-7
- Toyota Century – ALESS
- Toyota Soarer – GREDDY/TRUST
- Lexus LFA – Wing Hin Motorsports, 1 daripada 500 unit dunia
- J’S Racing-Hyper Race S2000
- Koleksi Aylezo – Ginneta GT3, Ginetta LMP2, Ferrari 360 Challenge, Caterham SP300R, BMW E90 & GT86 drift, Porsche 944 Turbo restomod
Aktiviti & Zon Khas
- Pertandingan auto styling dinilai panel tuner Jepun
- Perhimpunan kelab kereta & koleksi kereta rare di Malaysia
- Sakura Street & Midnight Tokyo
- Persembahan pentas & Japan A Girls
- Perlumbaan simulator endurance 2 jam oleh RaceRoom
- Sesi meet & greet bersama pelumba dan Duta AUTOBACS Zen Low
- Demonstrasi langsung oleh artis Malaysia Zameer Pentbrush (Dikuasakan Oleh Castrol)
- Cabutan bertuah motosikal tajaan EXN Lubricants
Pemenang Autostyling
-Non-JDM



-Tuning



-Dress Up – Minivan/Wagon



-Dress Up – Compact Cars



-Dress Up – SUV



-Dress Up – Sedan



Pememang Cabutan Bertuah

The post Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025: 100,000 Peminat, Kereta Lagenda Jepun & Hype Maksimum! appeared first on TW Media.

