Tokyo hujan 34 hari berturut-turut

WorldEnvironment
29 Sep 2026 • 5:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tokyo hujan 34 hari berturut-turut

TOKYO  – Tokyo mencatatkan hujan selama 34 hari berturut-turut, menandakan tempoh terpanjang dalam rekod, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA) hari ini.

Perubahan iklim didorong oleh emisi bahan api fosil meningkatkan kelembapan dalam atmosfera, menjadikan hujan lebat lebih berkemungkinan berlaku.

Cuaca global pada tahun ini juga dipengaruhi  oleh fenomena El Nino, yang mengubah arah angin, tekanan udara dan corak awan serta berpotensi membawa hujan lebat di sesetengah kawasan, manakala kemarau di tempat lain.

Musim hujan di ibu negara Jepun itu biasanya berlaku pada bulan Jun, tetapi mengalami hujan lebat berterusan sepanjang bulan-bulan musim panas, serta banjir buruk di wilayah Tokyo yang lebih luas.

Tempoh hari Tokyo dilanda hujan itu adalah yang terpanjang sejak rekod bermula pada tahun 1886.

Pegawai JMA,   Masayuki Koda memberitahu AFP bahawa ‘peta cuaca luar biasa sepanjang bulan ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh El Nino yang membawa suhu lebih tinggi di Lautan Pasifik’.

“Pola hujan musim luruh bertahan lebih lama daripada biasa,” kata Kyoda, merujuk kepada musim hujan di Tokyo.

Rekod tempoh hari dengan hujan terpanjang di Tokyo sebelum ini ialah 33 hari antara 27 Jun hingga  29 Julai 2019, kata pegawai JMA lain, Kazuhiro Hirono.

Akhbar Mainichi Shimbun pula melaporkan, pusat bandar Tokyo dilanda hujan sebanyak 629 milimeter pada September 2026 sehingga semalam, hampir tiga kali ganda berbanding paras normal. – AFP

 

The post Tokyo hujan 34 hari berturut-turut appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved