Wanita Dakwa Nampak Kelibat Misteri Dalam Kereta Housemate Selama Tiga Hari

26 Sep 2026 • 7:27 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Wanita Dakwa Nampak Kelibat Misteri Dalam Kereta Housemate Selama Tiga Hari

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menjadi perhatian di Threads selepas mendakwa sering melihat kelibat misteri di dalam kereta milik housematenya selama tiga hari berturut-turut sehingga memberanikan diri merakam kejadian tersebut.

Menurut pemilik akaun @bellainaaakdr, kelibat itu dikatakan kelihatan ketika dia memandang ke arah kereta berkenaan, namun hilang apabila disuluh menggunakan cahaya pada cermin kereta.

Dakwa Kelibat Hilang Bila Disuluh

Dalam hantaran yang dimuat naik, wanita itu menulis bahawa dia pada awalnya ragu-ragu dengan apa yang dilihat sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk merakam sebagai bukti.

> “Dah tiga hari nampak dalam kereta housemate, baru ni aku ada keberanian nak record. Bila aku suluh cermin kereta tak ada pula. Tolong bagitahu aku ni bukan gula-gula,” tulisnya.

Video yang dikongsikan itu pantas menarik perhatian pengguna Threads, dengan ramai cuba meneliti rakaman berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi.

Warganet Beri Pelbagai Tafsiran

Ruangan komen dipenuhi pelbagai pendapat, ada yang menganggap ia sekadar ilusi cahaya atau pantulan pada cermin kereta, manakala ada juga yang mengaitkannya dengan perkara mistik.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai apa sebenarnya yang dirakam dalam video tersebut, dan punca sebenar kelibat berkenaan masih belum dapat dipastikan. – The Malaysian Update

The post Wanita Dakwa Nampak Kelibat Misteri Dalam Kereta Housemate Selama Tiga Hari appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved