Tol percuma dan cuti kelepasan am sempena PRU15 diumum

14 Nov 2022 • 7:11 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ini mungkin pengumuman paling menggembirakan rakyat Malaysia setakat ini. Bersempena dengan PRU15 ini, pemangku Perdana Menteri hari ini mengumumkan cuti am pada 18 dan 19 November 2022. Bukan itu sahaja beliau turut memaklumkan yang 30 konsesi tol mengumumkan tol percuma untuk tempoh yang sama.

image is not available
Hanya kenderaan kelas 1 layak menerima manfaat

Untuk lebih perincian, tol percuma akan bermula pada 18 November 2022 jam 12:01 pagi dan berakhir pada 19 November 2022 jam 11:59 malam. Kemudian, hanya kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang layak menerima manfaat ini dan ia mewakili 90% daripada keseluruhan kenderaan di lebuh raya.

Sebanyak RM34.5 juta implikasi kewangan bakal ditanggung oleh konsesi lebuh raya ini. Menurut kerajaan, ia diletakkan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Melalui inisiatif ini, kerajaan berharap dapat memudahkan rakyat Malaysia melunaskan tanggung jawab masing-masing sebagai pemilih.