Tolak Kerusi Roda Tuannya Untuk Lintas Jalan, Kesetiaan Anjing Ini Curi Tumpuan Ramai

Entertainment
7 Aug 2022 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika semalam kami kongsikan dengan anda kisah bagaimana seekor kucing yang dipelihara berjaya menggagalkan cubaan perompak yang nak merompak rumah tuannya, kali ini kami nak share pula kisah yang menyejukkan hati tentang seekor anjing.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor anjing setia menolak kerusi roda tuannya dengan selamat untuk melintas jalan.

Video tersebut telah dikongsikan menerusi akaun TikTok brendabriones9 pada penghujung Julai lalu.

Dalam video yang berdurasi selama 53 saat itu, dapat dilihat seekor anjing menolak kerusi roda tuannya yang juga seorang OKU untuk menyeberangi jalan.

Sebelum itu, haiwan tersebut turut setia menunggu lampu isyarat bertukar hijau bersama tuannya di tepi jalan.

image is not available

Difahamkan, kejadi tersebut dirakamkan di Ecatepec, Mexico.

Video berkenaan yang telah meraih sehingga 30 juta tontonan di platform tersebut.

image is not available

image is not available

Rata-rata netizen di ruangan komen juga memuji kebijaksanaan dan kesetiaan haiwan peliharaan itu.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.