‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mewah LV’, Anwar Ibrahim Bidas Tuduhan Warganet

30 Nov 2022 • 1:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun lalu

‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mewah LV’, Anwar Ibrahim Bidas Tuduhan Warganet. Tak sampai seminggu, pelbagai tohmahan diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia Baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dilihat menggunakan kasut Louis Vuitton.

Menerusi satu ciapan oleh seorang pengguna di laman Twitter, walaupun Anwar enggan menggunakan kereta Mercedes Benz S600 oleh kerajaan, dia memakai sepasang LV Major Loafers berharga RM5,500.

Namun, Anwar menyangkal kenyataan tersebut dan menjelaskan bahawa kasut LV yang dipakainya baru-baru ini adalah hadiah daripada sultan Johor.

image is not available
‘Tolak Mercedes Tapi Pakai Kasut Mewah LV’, Anwar Ibrahim Bidas Tuduhan Warganet

Jangan bawa naratif fitnah – Anwar

Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah.

Ciapan di Twitter Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Tidak lebih daripada itu, pakaian Anwar juga menjadi tumpuan di mana sebelum ini dia memakai baju Melayu bersama sepasang capal yang dibuat di Kepala Batas, Pulau Pinang sewaktu hari pertama hadir di pejabat.

Terdahulu, Anwar menolak untuk menggunakan kereta Mercedez Benz S600 dibeli oleh pentadbiran terdahulu yang menelan kos RM1 juta sebagai langkah membudayakan penjimatan kerajaan.

Fesyen perdana menteri sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob juga sering menjadi perhatian warga maya apabila dia memakai baju berjenama mewah Burberry.