Toleransi raikan Aidilfitri dan Paskah

LocalPolitics
23 Apr 2025 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KIULU: Semangat toleransi tanpa mengira kaum serta agama perlu dilaksanakan sebgai amalan dalam penduduk semua kampung di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata penduduk Kampung Parad adalah antara contoh perpaduan terbaik di mana semua masyarakat beragama Islam dan Kristian bersatu untuk menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta Hari Paskah secara bersama pada Ahad.

“Kita harus mempertimbangkan penganjuran program komuniti atau sambutan meraikan kepelbagaian agama, budaya dan tradisi penduduk kampung dalam satu acara besar yang meriah.

“Toleransi yang diamalkan penduduk ini harus dicontohi oleh penduduk kampung lain.

“Perayaan istimewa seumpama itu boleh dijadikan perayaan tahunan bagi sesebuah negeri atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain itu rakyat kita yang hidup aman juga sekali gus boleh menarik pelancong mencari pengalaman budaya sebenar,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan berkenaan baru-baru ini.

Dalam pada itu Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyatakan pelancong hari ini bukan sekadar pemandangan yang indah namun turut hendak melihat suasana budaya tempatan serta cara hidup penduduk.

Joniston menambah persekitaran kampung sangat penting dalam memupuk generasi muda yang mempunyai empati dan menghormati penduduk lain.

“Komuniti kami yang menunjukkan penolakkan ekstremisme adalah tidak mustahil dan hidup dengan aman. Ini adalah sesuatu yang boleh kami kongsikan kepada dunia dengan bangga.

“Keindahan toleransi yang mempromosikan cara hidup ini sudah pasti boleh membantu mengukuhkan pelancongan luar bandar,” ujarnya.