
Tak habis-habis dengan isu berpakaian seksi, anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Ini berikutan sebuah video di TikTok yang memaparkan Leona sedang menyanyi lip-sync lagu nyanyian asal Sam Smith – I’m Not The Only One.
Netizen mempersoalkan tindakan Leona yang seolah-olah sengaja menunduk sehingga menampakkan bahagian dadanya.
Menurut netizen lagi, gadis berusia 20 tahun ini sebenarnya boleh menggunakan ‘timer’ sahaja untuk merakam video. Jika menggunakan timer, dia tidak perlu menekan start atau stop.


Meninjau ke ruangan Twitter, Leona sedar dirinya menjadi perhatian dan menerima banyak kecaman setiap hari. Leona juga berpesan kepada media supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai clickbait.


Kredit: TikTok @leonsmeonss | Twitter
The post “Tolong Berhenti Gunakan Saya..” – Leona Sedar Dirinya Terima Kecaman Setiap Hari appeared first on Oh! Media.

