“Tolong Bersabar..” – Menangis Diserbu Peminat Di Airport, Hanni NewJeans Luah Perasaan

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 11:24 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pada 27 Disember yang lalu, Hanni NewJeans telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan peminat selepas dia dilihat menangis di Lapangan Terbang Incheon.

Khususnya, kumpulan itu telah tiba di Korea selepas menghadiri ‘Asia Artist Award’ di Bangkok dan beberapa peminat telah menyerbu mereka dengan cuba untuk menyentuh ahli, sehingga menyebabkan kekecohan.

Bahkan dalam satu video yang dikongsi, Min-ji cuba untuk memujuk Hanni yang sedang menangis, kerana tertekan dengan peminat yang melampaui batas.

Menerusi Instagram, Hanni meluahkan perasaanya dengan berkata,

Saya ok sekarang. Saya minta maaf kerana merisaukan awak. Saya seronok dengan peluang untuk bertemu awak semua, Bunnies, tetapi saya harap awak bersabar. Kita boleh berborak tanpa membuat satu sama lain tidak selesa atau dalam situasi berbahaya.

Janganlah serbu diorang macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.