'Tolong cari ibu Aiman'

LocalFamily & Parenting
7 May 2026 • 5:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Tolong cari ibu Aiman'
Mohd Razeli menunjukkan laporan polis dibuat bagi mengesan ibu kandung anak angkatnya.

SEREMBAN - Seorang lelaki resah memikirkan masa depan anak angkatnya, Aiman yang kini berusia empat bulan, selepas usaha menjejaki ibu bayi itu menemui jalan buntu.

Mohd Razeli Mansah, 39, dari Sendayan berkata, ibu kandung bayi berkenaan, Ma Zin Mar Khaing, 24, yang juga warga Myanmar, diperlukan bagi melengkapkan urusan dokumentasi bayi lelaki itu sebagai anak angkat yang sah.

Mohd Razeli berkata, dia mengambil Aiman ketika bayi itu berusia 11 hari selepas dilahirkan pada 11 Januari lalu.

“Malangnya, ibu Aiman telah menghilangkan diri menyebabkan bapa bayi itu yang juga warga Myanmar, Salai Sun Duy, 36, menyerahkan Aiman kepada saya kerana tidak mampu membesarkannya.

“Sebagai penjaga Aiman, saya memohon agar ibu bayi ini tampil bagi memudahkan urusan melengkapkan dokumentasi untuk menjadikannya anak angkat yang sah.

“Dokumen itu penting bagi tujuan persekolahan dan kegunaan lain pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, kali pertama dan terakhir dia berhubung dengan Ma Zin Mar Khaing adalah ketika urusan membuat sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Seremban pada 26 Januari lalu selepas wanita itu melahirkan Aiman.

Dia merayu ibu bayi lelaki berkenaan tampil dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubunginya di talian 013-907 1099.