JKM cari waris Amanda Mikayla

17 Apr 2026 • 10:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JKM Pulau Pinang sedang mencari waris atau ibu kandung kanak-kanak tiga tahun yang bernama Amanda Mikayla.

KEPALA BATAS- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sedang mengesan ibu kandung serta waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun enam bulan yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Seberang Perai Utara, Norpatin Bakar, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Amanda Mikayla Abdullah dilaporkan telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada seorang penjaga, Layla Yamna Abdul Hajar tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

"Menurut hasil siasatan, ibu kandung kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Nurul Izzati Mohamad A’sri, 29 dengan alamat terakhir di Yan, Kedah dan dipercayai bekerja di Pulau Pinang.

“Sehingga kini, ibu kandung berkenaan gagal dihubungi dan tidak dapat dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norpatin berkata, permohonan pengecualian di bawah Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan bagi membolehkan hebahan media dibuat.

"Orang ramai atau waris yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu dengan menghubungi saya di talian 04-5758715 atau 04-5758716.

"Maklumat juga boleh disalurkan melalui e-mel di norpatin@jkm.gov.my," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved