‘Tolong gabung nama saya, Dida untuk hari bahagia nanti’ 

5 Sep 2026 • 1:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tolong gabung nama saya, Dida untuk hari bahagia nanti’ 

PETALING JAYA – Menghitung hari, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang hangat dilamun cinta dengan penyanyi Datuk Fazely Yaakob meminta cadangan netizen berkenaan gabungan nama bersesuaian untuk majlis perkahwinan mereka.

Perkara tersebut dikongsikan wanita berusia 54 tahun itu menerusi akaun Threadsnya.

“Tolong gabungkan tanda pagar nama saya dengan Dida (panggilan Datuk Fazley ) yang sesuai untuk majlis berbahagia nanti,” tulisnya.

Hantaran ibu tunggal dua anak itu turut disertakan dengan emoji hati warna merah jambu yang meraih maklum balas pengikutnya.

Antara gabungan nama mencuit hati yang dicadangkan adalah #HasmizaIniYangHanyutkanDida, #DIDAlamhatiVIDA serta #Didalavida, #LadidaVidaloca.

Dalam tempoh beberapa bulan akrab, hubungan Vida dengan cef selebriti berkenaan bukan lagi rahsia apabila Fazley secara terbuka menyatakan hasrat menyunting wanita itu menjadi suri hidupnya.

Begitupun, kedua-duanya mengakui mahu memberi laluan kepada pasangan sensasi, Bella Astillah dan Syed Saddiq melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan sebelum mengumumkan hari bersejarah mereka.

Vida dan Fazley mula rapat selepas sama-sama terbabit dalam program realiti Talk To My Manager musim dua (TTMM2) sekitar April lalu. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Tolong gabung nama saya, Dida untuk hari bahagia nanti’  appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved