“Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]

4 Sep 2026 • 10:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Shezlina berkongsi sikap dua orang wanita dipercayai pelancong asing yang bertindak mengecop parkir di pusat membeli-belah di KLCC.

Menerusi video tersebut, kelihatan kedua-dua mereka sedang berdiri di kawasan meletakkan kenderaan sambil menghalang sebuah kereta model Mercedes yang menunggu untuk parkir di sana.

Meskipun sudah dihon berulang kali, namun dua wanita itu masih berkeras untuk mempertahankan parkir berkenaan.

Jelas salah seorang daripadanya, mereka sudah berada di sana terlebih dahulu sebelum pemandu Mercedes datang untuk parkir kenderaan.

Minah Saleh Siap Persenda Individu Yang Datang Menegur Agar Beralih Dari Tempat Parkir

Menyedari situasi itu, Shezlina dan suaminya telah bertindak menegur dan meminta mereka beralih dari sana. Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih tidak berganjak.

Apa yang lebih membuatkan Shezlina bengang apabila salah seorang wanita itu seolah-olah mempersendanya sewaktu menyedari dirinya sedang dirakam.

Dua Wanita Tak Nak Beralih Dari Parkir, Siap Mengaku Ada IC Malaysia

Jelas wanita itu, pemandu Mercedes akhirnya mengalah dan mencari parkir lain kerana dua wanita terbabit berdegil dan tidak mahu bergerak walhal sudah ditegur banyak kali.

“Saya minta dia ikut peraturan parking dengan baik, tapi mereka tak nak dan siap mengaku mereka lahir di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri (MyKad).

“Pemandu Mercedes yang sepatutnya dapat parkir tu akhirnya pergi dari situ sebab dua orang ni memang tak nak gerak. Sikap yang sangat biadab.

“Tolong hormat peraturan Malaysia kalau berada di sini. Tingkah laku tak beradab macam ni sangat tidak patut,” kata Shezlina di ruangan kapsyen.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Menang Dengan Spesies ‘Cop Parking’ Buat Ramai Puas Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Extend Rumah Sampai Ke Depan Lepas Tu..” – Jiran ‘Cop’ Parking Di Kawasan Taman Permainan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Wujud Lagi Spesies Ni?” – Tular Lelaki ‘Cop Parking’ Raih Kecaman Ramai [Video]

Ramai Bengang Dengan Sikap Biadab Warga Asing Yang Tidak Rasa Bersalah Cop Parkir

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan sikap dua minah saleh yang bersikap biadab dan bertindak mengecop parkir.

“Ohh inilah Karen. Datang Asia Tenggara buat macam negara sendiri sebab mata wang dia tinggi, dia berlagak,” kata seorang pengguna Threads.

“Dekat negara dia, dialah Karen. Kalau dalam negara saya, sayalah Karen,” tambah seorang warganet.

Malah ramai juga memberi nasihat agar tidak sesekali mengalah dengan individu yang jelas melakukan kesalahan, yang mana dalam konteks ini mengecop tempat meletakkan kenderaan.

“Kenapa tak masuk je perlahan-lahan ke parking tu? Tengok dia berani terpacak lagi tak dekat situ. Jangan mengalah dengan puak ni. Nanti dia ingat kita senang kena pijak. Cukup-cukuplah,” ujar seorang lelaki.

Cop Parking Adalah Satu Kesalahan Undang-undang, Boleh Dipenjara Hingga 6 Bulan & Denda RM2,000

Sebagai info, perbuatan mengecop parkir termasuklah meletakkan objek seperti kerusi, kon atau berdiri sendiri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bahagian ini menyebut, “Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Mengikut Seksyen 119, mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Individu Kongsi Beberapa Common Sense Yang Wajar Dipatuhi Semua Orang Yang Berada Dalam Malaysia

Sementara itu, seorang individu turut berkongsi beberapa undang-undang dan common sense yang sewajarnya diikuti ramai sepanjang berada di Malaysia. Antaranya:

  1. Joging pakai baju
  2. Parking tak boleh cop
  3. Beratur dekat tandas, waktu nak pesan makanan dan eskalator
  4. Tak boleh merokok di kedai makan
  5. Naik pengangkutan awam kena mandi, jaga bau ketiak
  6. Berborak jangan macam borak sekampung (terlampau kuat)
  7. Flush lepas guna tandas

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Image from: “Tolong Ikut Rules Malaysia Bila Ada Dekat Sini” – Dua Minah Saleh Cop Parking Undang Perhatian [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam, Dakwa ‘Cop Parking’ Di Kawasan Flat Adalah Normal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Individu Selamba Parking Kereta Depan Rumah Jiran Hingga Halang Laluan Dikecam [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved