“Tolong Jaga Dia” – Hantar Trak Kopi, Jennie BP Beri Sokongan Buat Jisoo Di Set ‘Influenza’

Entertainment
30 Apr 2024 • 1:51 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available
jennie jisoo

Bukan hanya rakan sekumpulan, ahli BLACKPINK memang tidak dinafikan mempunyai hubungan rapat seperti keluarga.

Baru-baru ini, Ji-soo telah berkongsi di Instagram, trak kopi yang dihantar Jennie ke set dramanya “Influenza”.

Memberi sokongan buat sahabatnya itu, Jennie turut meninggalkan mesej,

Tolong jaga Young-chu kami yang cantik~! Saya harap pelakon + kakitangan Influenza mendapat kekuatan selepas minum kopi! Isi semula tenaga anda dengan kopi sejuk!

Respon Ji-soo,

Terima kasih kepada Jendeukie Roti croissant berbentuk ikan juga sedap.

image is not available

Sementara itu, Ji-soo sedang menjalani penggambaran untuk drama barunya akan datang berjudul “Influenza”, menggambarkan proses askar Jae-yoon dan teman wanitanya Young-joo, bertempur melawan zombi dan berlari ke arah satu sama lain dengan latar belakang unit pertahanan udara di sebuah bangunan tinggi di Seoul.

So sweet la Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.