“Tolong La Guyss Jangan Gaduh Dah” – Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat Kpop BTS & EXO

EntertainmentMusic
21 Jul 2026 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi dan komposer, Shila Amzah tampil memohon maaf kepada peminat dua kumpulan K-pop terkenal dari Korea Selatan, BTS dan EXO susulan kenyataannya yang mencetuskan pelbagai reaksi sebelum ini.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 36, menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, terutamanya peminat kedua-dua kumpulan tersebut.

Advertisement

exo bts

dsd

“Saya benar-benar minta maaf kerana telah mengguriskan hati sesiapa sahaja. Perkara ini bukanlah sesuatu yang saya mahu jadikan pertelingkahan.”

“Saya ikhlas memohon maaf dan berjanji mulai hari ini, saya tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau bercakap mengenai kumpulan yang anda minat.”

“Maaf kerana saya tidak lebih peka dengan keadaan dan maaf kerana tidak menjadi seorang yang lebih memahami. Sekali lagi, saya benar-benar memohon maaf.”

Terdahulu, Shila memuat naik satu hantaran di media sosial yang memuji kemampuan vokal anggota BTS, Jung Kook, namun dalam masa sama turut menyentuh mengenai kehebatan kumpulan EXO.

“Suara JK ini memang sedap ya, susah nak cari idol yang serba boleh macam dia. Tapi dulu ada EXO, maaf cakap, penyanyi utama, rap, tarian semua mantap. Mantain sampai sekarang.”

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang berpendapat Shila tidak sepatutnya membandingkan kedua-dua kumpulan berkenaan kerana BTS dan EXO mempunyai keunikan serta kekuatan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yan lain pada pautan di bawah.

watie2026-07-20 16:01:17

“Dia Kahwin Dengan Saya Bukan Sebab Cinta” - Watie Dedah Dia Dan Shuib Kahwin Sebab...

The post “Tolong La Guyss Jangan Gaduh Dah” – Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Peminat Kpop BTS & EXO first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved