Penyanyi terkenal, Shila Amzah menarik perhatian ramai selepas memuat naik sebuah demo lagu baharu berjudul Coretan Anak di platform YouTube pada Khamis.
Menerusi lagu berdurasi lebih empat minit itu, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 35, menyampaikan karya tersebut dengan melodi yang sederhana namun penuh emosi.
Lagu berkenaan berkisarkan luahan hati serta kekecewaan seorang anak terhadap bapanya, yang meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada ibu tercinta.
Walaupun hanya dikongsikan dalam versi demo, Coretan Anak berjaya mencuri perhatian pendengar kerana bait liriknya yang menyentuh perasaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pendengar mengakui sebak selepas mendengar lagu tersebut dan tersentuh dengan liriknya yang dianggap sangat dekat dengan realiti sesetengah keluarga.

Dalam masa sama, ada juga segelintir warganet yang turut berkongsi pengalaman peribadi mereka berdepan situasi hampir sama, melibatkan sikap suami atau bapa yang tidak bertanggungjawab serta memilih untuk meninggalkan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tisha Shamsir Gerak Khas 2.0 Mengaku Tak Bersalah Miliki Dad*h, Hadir Ke Mahkamah Diiringi Tiga 'Bodyguard'
The post “Ayah, Tahukah Rasanya Diabaikan…” – Shila Amzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


