Tolong Pakaikan Semula Kaki Palsu Yang Terjatuh, Tindakan Pemandu Lori Ini Dapat Pujian Netizen

Entertainment
24 Sep 2022 • 2:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika memandu atau menunggang motosikal, tumpuan harus diberikan kepada pemanduan dan keadaan sekeliling. Selain menjadi pengguna jalan yang berhemah, kita juga perlu menjadi pengguna yang prihatin.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang pemandu lori yang sanggup memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang penunggang motosikal yang kaki palsunya terjatuh di jalan raya.

Tindakan pemandu lori itu telah mendapat pujian ramai netizen. Korang boleh tengok video Inforoadblock kat bawah ni.

Terima kasih bro baju merah tolong ambil dan pulangkan "kaki" yg terjatuh kepada pemilikya..image is not availableEconsave Raja Uda Butterworth Penang Sumber image is not available – Nicky Tsuragi

Posted by Inforoadblock on Wednesday, September 21, 2022

 

Cepat bertindak

Pemandu lori tersebut memang betul-betul peka dengan keadaan sekeliling kerana dia dilihat cepat bertindak dan sanggup keluar dari lorinya untuk kutip dan tolong pakaikan semula kaki palsu tu.

image is not available

Agaknya kenderaan lain pun sempat je brek sebab jalan tu macam sempit je. Nak bawak laju-laju pegi mana kan.

image is not available

Nasib baik ada driver lori tu. Kalau tak, tak tahu lah macam mana penunggang motosikal tu nak turun motosikal dan kutip balik kaki palsu dia.

image is not available

Terima kasih kepada driver lori tu. Tindakan pantas darinya dapat membantu penunggang motosikal terbabit dan trafik juga kembali lancar.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.