'Tolong pulangkan kucing saya' - Kila Fairy

Entertainment
15 Mar 2023 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.

PELAKON Kila Fairy menawarkan ganjaran berjumlah RM2,000 kepada sesiapa yang menemui kucing jenis baka kacukan British Shorthair dan R. Blue miliknya yang hilang sejak 27 Februari lalu di sekitar Subang Jaya.

Menerusi satu poster yang dimuat naik di Instagram, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 30, memaklumkan bahawa kucing peliharaannya yang hilang itu berusia 10 tahun dan diberi nama Kovu.

“Kepada sesiapa yang mengambil anak saya (kucing), tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak mahukan kucing berwarna kelabu, saya boleh bagi awak seekor tapi tolong kembalikan Kovu saya.

“Tolong tengok sekeliling, kucing jiran. Kovu sudah hilang sejak 27 Februari, sekitar 9 pagi,” katanya menerusi status di Instagramnya.

Pada poster yang sama, anak kepada penyanyi vateran Rohana Jalil itu turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya orang awam menjumpai kucingnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved