Satu perkongsian tular di Threads mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas seorang penghuni mendakwa mendengar bunyi dentuman serta jeritan wanita dari tingkat 23 sebuah bangunan kediaman di Damansara pada 1 Ogos lalu.
Menurut individu itu, dia dan isterinya pada mulanya menyangka bunyi yang datang dari bilik utiliti sekitar jam 9 malam hanyalah bunyi paip sebelum keluar makan malam.
Namun, kira-kira jam 12 tengah malam, mereka mendakwa bunyi dentuman menjadi semakin kuat disusuli suara seperti seorang wanita menjerit dalam keadaan tersekat-sekat.
Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka menghubungi pihak keselamatan dan polis. Pengurusan bangunan kemudian memanggil pasukan penyelenggaraan dari beberapa blok untuk membuka semua pintu bilik utiliti dan menjalankan pemeriksaan.

Walaupun pemeriksaan dilakukan sehingga awal pagi, bunyi tersebut didakwa masih kedengaran dari kawasan sama. Pasukan penyelenggaraan akhirnya membuat kesimpulan bahawa bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada sistem paip, namun pasangan itu mengakui mereka masih ragu-ragu dan bimbang jika benar terdapat seseorang yang memerlukan bantuan.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai di media sosial. Ada yang mendakwa pernah mengalami situasi hampir sama ketika tinggal di bangunan berkenaan, manakala ada juga yang berpendapat bunyi tersebut mungkin berpunca daripada sistem saluran paip.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa atau pengurusan bangunan mengenai punca sebenar bunyi yang didakwa berlaku di tingkat 23 tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kontroversi Kematian Anjing Liar 'Rocky', Majlis Bandaraya Diraja Klang Beri Penjelasan - "Ia Mengikut Undang-Undang"
The post “Tolong Saya..” – Bunyi Wanita Seakan Dijerut Di Tingkat 23 Apartment Di Damansara Cetus Kebimbangan Penduduk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




![Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buang-wipes-makeup-merata-tempat-1014x1024.jpg?t=1784098577)