Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]

15 Jul 2026 • 12:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak kecil lagi kita diajar untuk sentiasa menjaga kebersihan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga di kawasan sekitar dan tempat awam.

Bagaimanapun, masih ramai yang tidak beretika serta tiada common sense yang bertindak mengotorkan sesebuah kawasan termasuklah di tempat beribadah tanpa perasaan serba salah.

Pengguna Berang Surau Wanita Dipenuhi Makeup Wipes Yang Dibuang Merata Tempat

Baru-baru ini tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita mendedahkan keadaan surau di IKEA Damansara yang kotor akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna.

Menerusi video dikongsi, kelihatan banyak tisu lap alat solek (mekap wipes) dibuang merata tempat termasuklah di celah-celah kerusi, berhadapan sejadah dan banyak lagi.

Lebih teruk lagi ada juga individu dengan selamba membuang wipes yang sudah digunakan di bahagian rak al-Quran di surau wanita berkenaan.

Sifatkan Individu Yang Membuang Wipes Merata Tempat Sebagai Pengotor

Menurut individu terbabit, perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan, ini kan pula di tempat ibadah. Malah dia juga menyifatkan si pelaku sebagai seorang yang pengotor.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 12 Julai lalu.

Islam Ajar Umatnya Untuk Jaga Kebersihan – Pemilik Video

Dakwanya, sesetengah telekung yang disediakan surau pusat membeli-belah berkenaan turut dibiarkan berselerak selepas dipakai.

“Di dalam agama Islam kita digalakan menjaga kebersihan di rumah dan tempat awam. Tengoklah perempuan yang mengunakan surau di IKEA Damansara pada 12 Julai. Tisu lap makeup diletak di rak al-Quran dan merata-rata. Telekung main sumbat je.

“Nak tanya, dekat rumah macam ni juga ke? Tak kisah siapa nak kecam aku, silakan. Maksudnya kau sokong jadi manusia pengotor macam ni di rumah dan tempat awam,” katanya.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: “Kotor & Usang” – Individu Kongsi Keadaan Persekitaran Masjid Kristal Buat Ramai Sedih

‘Bukan Main Cantik Bermekap, Tapi Pengotor’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengkritik selain meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang mengotorkan tempat ibadat yang telah disediakan pusat membeli-belah berkenaan.

“Biasanya mentaliti macam ni mesti dekat rumah hauk. Berapa banyak dah kes rumah atau bilik sewa macam tong sampah tapi penyewa bukan main cantik, jelita bermekap,” kata seorang warganet.

“Solat, tapi hati ‘tak solat’. Manusia tak ada integriti,” tambah seorang pengguna Threads.

Ada Tong Sampah, Tapi Pengguna Surau Masih Buang Wipes Makeup Merata Tempat

Malah segelintir turut mengingatkan orang ramai untuk menyimpan sampah masing-masing sekiranya tiada tong sampah disediakan.

“Kot ya pun tak ada tong sampah dalam surau tu, letak la tisu kotor sendiri dalam beg. Keluar jumpa tong sampah nanti buang la,” kata seorang wanita.

Namun menurut pengguna surau itu, terdapat tong sampah besar di tempat ibadah tersebut.

Sementara itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan manusia-manusia pengotor.

“Satu lagi pada yang suka mekap tu. Tolong la ya jangan selek (calit) baki-baki mekap korang dekat dinding surau atau masjid masa tengok bersiap tu. Muka nak cantik, tapi rumah Allah kau tak jaga.

“Keji tau tak dan mereka yang pakai tudung berbelit guna jarum banyak, sila kutip jarum korang yang jatuh tu ya. Kalau tak mencocok kena kaki orang lain,” ujar seorang gadis.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Image from: Pengguna Buang Makeup Wipes Bersepah Dalam Surau Wanita IKEA Damansara Undang Kritikan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Tular Persekitaran Masjid Kristal Kotor & Usang, Proses Pembersihan Dipercayai Sedang Dijalankan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bersihkan 30 Surau Sempena Bulan Ramadan Raih Pujian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved