“Tolong ye mintak maaf kat kawan aku” – Khai Bahar Didakwa ‘Main Hati’ Perempuan?

Entertainment
20 Feb 2023 • 5:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available
kb1

Jika hati perempuan itu disakiti, sampai bila-bila pun mereka akan ingat. Itulah yang terjadi kepada penyanyi pop terkenal Khai Bahar.

Menerusi laman Twitter miliknya, Khai Bahar memuat naik beberapa keping gambar dengan kapsyen yang bercanda mengenai kesetiaan dalam perhubungan.

“Dalam relay ni tak mintak lebih pon, sekadar setia dan perhatian, dan smpai skrng aku masih tak kawin. K bye,” katanya.

Namun, dalam bahagian quote retweet tweet tersebut, ada sebuah ciapan yang menarik perhatian ramai netizen.

Seorang pengguna Twitter menyatakan finalis Anugerah Juara Lagu itu pernah menjalinkan hubungan dengan salah seorang kawannya, namun penyanyi tersebut hanya melayan kawannya itu apabila perlu dengan alasan ‘malu’.

image is not available

image is not available

“Khai, kalau kau baca tweet aku ni. Aku nak pesan satu je, tolong ye minta maaf kat kawan aku. Jangan hilang senyap macamtu je sampai kesudah,” tulisnya.

Tweet berkenaan mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata tidak dapat menyangka Khai Bahar sanggup berbuat demikian. Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, individu berkenaan telah pun private akaun Twitter miliknya.

Harap adalah penjelasan dari kedua-dua belah pihak…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.