“Tolonglah Balik, Saya Harap Sir Balas Cinta Saya” – Pindah Sekolah, Cikgu Terkejut Dapat Mesej Luahan Cinta Anak Murid

18 Jan 2024 • 3:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap pertemuan ada perpisahan. Namun, ia tidak semestinya kerana kematian tetapi seperti kisah seorang guru ini yang terpaksa berpisah dengan murid-murid kerana berpindah ke sekolah yang baru.

Menerusi perkongsian guru lelaki itu, dia terkejut apabila menerima mesej daripada pelajarnya di sekolah lama yang terlalu sedih kerana dia tidak lagi mengajar di situ.

 

Anak murid jatuh cinta pula

Apa yang lebih membuatkannya hilang kata-kata apabila pelajar Tahun 6 itu bukan sahaja memohon agar dia berpindah semula tetapi juga meluahkan cintanya.

Saya tak semangat nak sekolah, sir. Saya suka sir, saya taknak cikgu lain ajar kelas ni. Saya rasa dah jatuh cinta kat sir. Tolonglah balik sekolah ni semula.

image is not available image is not available

 

Mahu dekat dengan keluarga

Kata guru bernama Wan Muhammad Fahmi itu, dia berpindah ke sekolah rendah di Tumpat dan sebelum ini mengajar di sebuah sekolah rendah di Gua Musang, Kelantan.

Ujarnya yang mesra dipanggil cikgu Jamie, dia mahu berpindah kerana lebih dekat dengan keluarga dan bersyukur permohonannya diluluskan.

Dia turut akui mempunyai hubungan yang rapat dengan murid kelas yang dijaganya dan perpindahannya pula tidak diketahui mereka.

Sekolah tu tak ramai murid, hubungan antara murid dan guru lebih mesra. Saya pindah tanpa pengetahuan mereka sebab keputusan dapat masa cuti sekolah.

Mereka hanya dapat tahu daripada guru guru lain sebaik sekolah dibuka.

image is not available

 

Terus tak balas mesej anak murid

Tambahnya, selepas mendapat mesej luahan perasaan cinta daripada salah seorang anak muridnya itu dia terus tidak membalas.

Takut nanti menyinggung perasaan dia pula. Nak bagi kata-kata semangat pun saya tak pandai sangat, takut tersalah cakap.

Murid tu tak pernah meluahkan depan depan, tapi dia murid yang agak baik dalam sahsiah dan akademik. Rajin dan tiada masalah disiplin.

image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Anak Bongkok, Kudera Tu" - Guru Tersalah Hantar Mesej, Kutuk Murid OKU, Rupanya Ada Anak Istimewa Juga?