
PENAMPANG: Tommy Gedeus yang mewakili KDCA Putrajaya menewaskan 45 finalis lain untuk muncul juara pada pertandingan Mr Kaamatan (Buvazoi Tavantang) Negeri 2023, di Hongkod Koisaan KDCA, di sini, Isnin.
Pemandu pelancong berusia 27 tahun itu membawa pulang hadiah bernilai RM61,260, termasuk wang tunai RM6,000, “sigah” dibuat khas bernilai RM2,500, biasiswa serta barangan tajaan lain.
Di tempat kedua ialah Deaigo Emanuell (KDCA Pulau Pinang), manakala Lexterinus Harris (KDCA Lembah Klang) merangkul tempat ketiga.
Deaigo dan Lexterinus menerima hadiah masing-masing bernilai RM47,000 dan RM32,580.
SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more Gembira dengan kemenangan itu, Tommy berkata dia berbangga dan berterima kasih atas pencapaian itu.
“Saya percaya kita semua, finalis, sama-sama berpeluang untuk memenangi gelaran itu,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.
Katanya, dia menyertai pertandingan itu bukan semata-mata untuk menang tetapi untuk mempromosikan eko-pelancongan di negeri ini, seperti tempat menarik di kampung halamannya di Papar.
“Di kampung saya, Kampung Bolotikon, saya dapat melihat banyak tempat berpotensi yang boleh dijadikan pusat eko-pelancongan.
“Gelaran ini juga akan menjadi batu loncatan yang baik untuk saya melangkah lebih jauh dan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak lain yang berminat,” katanya.
Dia juga berterima kasih kepada keluarga dan rakan-rakannya yang telah memberikan sokongan tidak terhingga dalam pertandingan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
