Penyanyi Tomok berharap dapat menjejaki semula bekas pemain bass kumpulan New Boyz, Syuk, selepas mendakwa sudah berbelas tahun tidak berhubung dengan sahabat lamanya itu.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, mengakui tidak mengetahui perkembangan terkini Syuk dan kini cuba mendapatkan bantuan orang ramai bagi menghubunginya semula.

“Berbelas tahun rasanya saya tak dapat bercakap dengan dia. Kalau ada keluarga atau kawan-kawan yang ada cara untuk hubungi, boleh DM (mesej) saya. Saya mencari Syuk New Boyz.”
Tomok berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di platform Threads.
Untuk rekod, kumpulan New Boyz ditubuhkan pada 1997 dengan lima anggota iaitu Tomok sebagai vokalis, Syuk sebagai pemain bass, Along sebagai gitaris utama, Jay sebagai gitaris kedua dan Mazlan sebagai pemain dram.
tomok Selepas beberapa tahun bersama, kumpulan berkenaan melalui beberapa perubahan anggota apabila ada antara mereka memilih untuk meninggalkan kumpulan dan membawa haluan masing-masing.
New Boyz juga pernah mencipta nama menerusi beberapa lagu popular seperti Sejarah Mungkin Berulang, Meraung dan Hiasan Di Laman Rindu.
Kini, Tomok berharap perkongsiannya itu dapat membantu menemukan semula Syuk yang sudah lama terputus hubungan dengannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Dia Tak Terhegeh-Hegeh Minta Pun" - Disamakan Dengan Allahyarham Tun Siti Hasmah, Bella Astillah Jadi Sasaran Kecaman 'Haters'
The post Tomok Cari Bekas Pemain Bass New Boyz, Syuk Selepas Berbelas Tahun Terputus Hubungan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




