Tomok sambung master di UPSI, pilih belajar sepenuh masa

LocalEntertainment
21 Mar 2025 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Siapa sangka di sebalik populariti dan kesibukan kerjaya seni, penyanyi Tomok sambung Master atau ijazah sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Tomok sambung master di UPSI

Ternyata, penyanyi berusia 41 tahun itu bakal menuntut ilmu lebih mendalam tentang seni persembahan di peringkat akademik, sekali gus menunjukkan keseimbangan antara pengalaman dan pendidikan formal dalam sebagai anak seni.

image is not available

Menerusi laman Instagram, pemilik nama Shah Indrawan Ismail itu berkongsi satu hantaran menerima tawaran kemasukan bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa.

Instagram will load in the frontend.

“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulisnya baru-baru ini dengan memuat naik surat tawaran daripada UPSI.

Meninjau ke ruangan komen, beberapa rakan artis dan pengikut mengucapkan selamat maju jaya buat Tomok selain menitipkan doa dipermudahkan urusan pembelajaran selepas tamat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2020.

Semoga berjaya!

image is not available

Semoga berjalan lancar!

image is not available

Tomok sambung master untuk tunjuk contoh terbaik

Sebelum ini, vokalis kumpulan New Boyz itu pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana kerana ingin menunjukkan contoh terbaik untuk anak-anaknya supaya mengikut jejak langkah yang sama.

image is not available

Untuk rekod, Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abas atau lebih mesra dipanggil Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Sumber: Instagram Tomok