Krisya Kongsi Keputusan Berhijab: “Inilah Imej Saya Sekarang”

23 Feb 2025 • 10:48 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Krisya yang sudah hampir 20 tahun menjalani kehidupan sederhana dan menguruskan keluarga kini kembali ke persada seni.

Bukan hanya memberi kejutan terhadap comeback yang dibuat menerusi lagu ikoniknya, runut bunyi Keluang Man, penampilan Krisya juga menjadi perhatian.



Dia yang suatu ketika dulu tidak bertudung kini tampil dengan imej sesuai wanita muslimah. Krisya kelihatan sangat manis dengan penampilan bertudung.



“Inilah imej saya sekarang,” ujar Krisya spontan secara eksklusif kepada Gempak.



Menurut Krisya, dia mengambil keputusan bertudung sekitar tahun 2018 dan masih memperbaiki penampilannya dari sehari ke sehari.



“Saya mula bertudung sejak tahun 2018, kira-kira tujuh tahun lepas. Memang banyak usaha dilakukan untuk ke arah ini (bertudung) dan menjadi lebih baik. Bukan hanya penampilan tapi pertuturan juga (dijaga). Tapi ini adalah pilihan saya,” katanya lagi.



Krisya kembali ke dunia hiburan selepas dipujuk pihak Astro untuk membawakan semula Keluang Man versi baharu bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) sempena kemunculan filem Keluang Man yang dijadual tayang di pawagam seluruh Malaysia Mei 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved